Free Shipping Storewide to West Malaysia | No min spend!
icon-search
icon-search

Resipi Sandwich Goreng Ranggup

Resipi Sandwich Goreng Ranggup

WhatsApp Image 2021-12-03 at 4.46.24 PM.jpg


Resipi: Sandwich Goreng Ranggup


  • Masa penyediaan: 10 minit
  • Masa memasak: 15 minit
  • Jumlah hidangan: 4 orang


Bahan - bahan: 


Roti Sandwich - 8 keping

Mentega - 1 sudu besar

Keju Cheddar - 4 keping

Serbuk roti - 2 cawan

Minyak (untuk menggoreng) - ½ liter


Untuk inti tuna:

Tuna (tin) – buang air/minyak - 2 tin kecil

Bawang merah (dicincang halus) - ½ biji

Mayonis - 3 sudu besar

Garam & lada putih - Secukup rasa


Untuk inti telur:

Telur rebus (dicincang) - 2 biji

Bawang merah (dicincang halus) - ½ biji

Mayonis - 3 sudu besar

Garam & lada putih - Secukup rasa


Untuk celupan tepung (batter):

Tepung naik sendiri - ½ cawan

Tepung goreng Kentucky (serbaguna) - ½ cawan

Air - 2 – 2 ½ cawan (anggaran)



Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula sediakan intinya iaitu inti tuna dan inti telur bersama bahan-bahannya dan asingkan.
  2. Susunkan sekeping roti dan sapukan dengan sedikit mentega. Letakkan inti diatasnya diikuti dengan keju dan kemudian tutup dengan sekeping lagi roti. Ulangi proses sehingga selesai semua roti dan inti. Belah dua sandwich tersebut. 
  3. Selepas itu, sediakan pula celupan tepung (batter) dengan mencampurkan tepung naik sendiri dan tepung goreng Kentucky di dalam bekas sederhana besar. Gaul rata.
  4. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil mengacau sehingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair)
  5. Panaskan minyak. Celup dan gaulkan sandwich ke dalam celupan tepung dan gaukan pula dengan serbuk roti (pastikan gaul rata semua bahagian) 
  6. Goreng dengan minyak sederhana panas sehingga kuning keemasan. Angkat, toskan minyak dan letakkan di atas kertas tisu dapur. 
  7. Boleh dihidangkan bersama salad segar jika suka. Sedia untuk dihidangkan. 


CTA (ENglish).png

buy-now-ruby-casserole.png



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping