Free Shipping Storewide to West Malaysia | No min spend!
icon-search
icon-search

Resipi Mee Kari & Mee Kicap Ipoh

Resipi Mee Kari & Mee Kicap Ipoh

WhatsApp Image 2021-12-03 at 4.46.24 PM.jpg


Resipi: Mee Kari & Mee Kicap Ipoh


  • Masa penyediaan: 15 minit
  • Masa memasak: 35 minit
  • Jumlah hidangan: 4 orang


Bahan - bahan:


Untuk Pes Kari Asas:

Bawang merah - 5 biji

Bawang putih - 6 ulas dikisar

Halia - 3 cm 

Daun kari - 1 tangkai kecil

Ikan bilis (dikisar) - 100 gm

Rempah kasar (kulit kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawing - 1 sudu besar

Rempah Kari Daging - 4 sudu besar

Minyak masak - ½ cawan


Untuk Kuah Mee Kari:

Pes kari - 5 sudu besar

Air - 1 liter

Santan - 1 tin (400 ml)

Bebola ikan - 300 gm

Kek ikan - 300 gm

Tauhu Pok - 200 gm

Garam dan lada putih - Secukup rasa


Untuk Mee Kicap:

Pes Kari Asas - 3 sudu besar


Sos kicap:

Minyak masak - 3 sudu besar

Bawang putih (dicincang) - 3 ulas

Halia (dicincang) - 2 cm

Sos tiram - 3 sudu besar

Kicap Pekat Karamel - 3 sudu besar

Air - ½ cawan

Gula - Secukup rasa


Minyak bawang putih:

Minyak masak - 1 cawan

Bawang putih (dicincang) - 10 ulas

Minyak bijan - 1 sudu kecil


Bahan hidangan bersama:

Mee kuning - 1 kg

Taugeh - 300 gm

Sawi - 1 ikat

Fucuk Goreng - 4 keping

Bawang goreng - 2 sudu besar

Daun bawang - 2 sudu besar



Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-muila sediakan pes kari asas yang akan digunakan untuk kuah mee kari dan juga mee kicap. Panaskan periuk dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah kasar, ikan bilis dan daun kari.
  3. Kemudian masukkan rempah kari daging dan tuangkan sedikit air untuk mengelakkan hangit. Kacau rata dan biarkan masak sehingga pecah minyak.
  4. Ambil pes secukupnya dan asingkan untuk kegunaan mee kicap. Seterusnya di dalam periuk yang sama, masukkan air dan biarkan menggelegak sebentar. Perasakan dengan garam dan lada putih.
  5. Masukkan pula bebola ikan, kek ikan dan tauhu pok.
  6. Kecilkan api dan masukkan santan. Siap untuk dihidangan bersama bahan-bahan mee kari.
  7. Untuk mee kicap pula, sediakan sos kicap dengan menumis bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan air, kicap pekat, sos tiram dan gula.
  8. Untuk minyak bawang putih pula, masukkan minyak masak bersama bawang putih dan panaskan sehingga kuning keemasan. Masukkan minyak bijan dan asingkan.
  9. Untuk menghidang mee kicap, celur mee kuning dan tuangkan pes kari asas, sos kicap dan minyak bijan mengikut selera masing-masing. Gaul rata dan sedia dihidangkan bersama kuah mee kari atau kuah sup (jika suka)


WhatsApp Image 2021-12-03 at 4.46.09 PM.jpg

buy-now-34cm-ruby-wok.png




Older post Newer post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.