
Resipi: Chili Crab Pasta (Pasta Ketam Bercili)
- Masa penyediaan: 15 minit
- Masa memasak: 15 minit
- Jumlah hidangan: 4 orang
Bahan - bahan:
Pasta (angel hair atau spaghetti) - 1 paket
Untuk ketam:
Ketam bunga - 500 gm
Serbujk kunyit - 1 sudu besar
Garam - 1 sudu besar
Minyak (untuk menggoreng) - Secukupnya
Untuk sos:
Bawang merah - 2 biji
Bawang putih - 4 ulas
Halia - 3 cm dicincang
Serai - 2 batang
Lengkuas - 2 cm
Sos cili - 3 sudu besar
Sos tomato - 2 sudu besar
Sos tiram - 1 sudu besar
Sos ikan - 1 sudu kecil
Minyak bijan - ½ sudu kecil
Daun ketumbar - 1 tangkai kecil
Daun limau - 3 helai
Garam - Secukup rasa
Gula - Secukup rasa
Lada putih - Secukup rasa
Telur - 1 biji
Air - ½ cawan
Cara-cara penyediaan:
- Mula-mula rebus pasta sehingga ‘Al Dante’ (sila rujuk pada paket bungkusan untuk tempoh memasak). Angkat, toskan air dan lalukan di dalam air mengalir. Ketepikan.
- Gaulkan ketam bersama serbuk kunyit dan garam.
- Panaskan minyak di dalam wok dan goreng ketam sehingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian, di dalam wok yang sama, kurangkan minyak menggoreng tadi sehingga separuh cawan sahaja.
- Tumis bahan yang dicincang bersama akar daun ketumbar sehingga wangi. Pastikan sentiasa kacau.
- Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit air. Kacau dan biarkan seketika.
- Perasakan dengan garam, gula dan lada putih.
- Selepas itu, masukkan daun limau, sos ikan dan minyak bijan.
- Perlahankan api, masukkan ketam diikuti dengan telur. Gaulkan sebati
- Akhir sekali masukkan pasta bersama daun ketumbar. Kacau rata dan sedia untuk dihidang