Free Shipping Storewide to West Malaysia | No min spend!
icon-search
icon-search

Resipi Chicken & Mushroom Pot Pie

Resipi Chicken & Mushroom Pot Pie

WhatsApp Image 2021-12-03 at 4.46.24 PM.jpg


Resipi: Chicken & Mushroom Pot Pie

  • Masa penyediaan: 15 minit
  • Masa memasak: 35 minit
  • Jumlah hidangan: 4 orang


Bahan - bahan:

                                                                 

Puff Pastry Segera (potong ikut bekas pembakar) - 2 keping

Telur - 1 biji

Herba campuran - 1 sudu kecil


Untuk inti:                                                                               

Ayam (tanpa tulang, potong dadu) - 400 gm

Bawang merah (dicincang halus) - 2 biji

Bawang putih (dicincang halus) - 4 ulas

Herba campuran - ½ sudu kecil

Herba thyme segar (jika suka) - 1 tangkai kecil

Ubi kentang (dipotong dadu) - 1 biji

Mentega - 4 sudu besar

Tepung gandum - 1 ½ sudu besar

Batang leeks - ½ batang

Cendawan butang segar - 10 biji

Krim Masakan - 1 ½ cawan

Stok ayam (boleh digantikan dengan air atau susu UHT) - 1 cawan

Garam & lada putih - Secukup rasa

Lada hitam - Secukup rasa




Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula sediakan intinya. Gaul dan perapkan seketika ayam bersama herba campuran, garam dan lada hitam.
  2. Panaskan periuk dan masukkan mentega. Masukkan pula ayam dan goreng sehingga setengah masak.
  3. Kemudian, masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis sehingga wangi. Masukkan sedikit lagi herba campuran dan herba thyme.
  4. Masukkan ubi kentang dan biarkan sehingga ubi hampir empuk.
  5. Masukkan tepung gandum dan kacau seketika.
  6. Selepas itu masukkan leeks dan cendawan. Tuangkan stok dan biarkan seketika.
  7. Tuangkan krim dan perasakan dengan garam, lada putih dan lada hitam.
  8. Tuangkan inti ke dalam bekas pembakar (ramekin) sehingga 3 suku penuh. Sapukan telur dipermukaan bekas pembakar dan tutupkan dengan puff pastry yang telah dipotong.
  9. Sapukan telur di atas permukaan puff pastry dan taburkan dengan sedikit herba campuran atau herba thyme. Cucuk sedikit permukaan puff pastry dengan pisau yang tajam (untuk memberi ruang panas keluar dan menjadikan puff pastry ‘crispy’ dan tidak lembik).
  10. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 selsius selama 20 minit. 
  11. Keluarkan dari ketuhar dan sedia untuk dihidangkan. 


CTA (ENglish).png


Aurasia-Essential-Non-stick-Cookware-Set-(5pcs)-copy.png



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping