Free Shipping Storewide to West Malaysia | No min spend!
icon-search
icon-search

Resipi Mee Siam Berkuah

Resipi Mee Siam Berkuah

WhatsApp Image 2021-12-03 at 4.46.24 PM.jpg



Resipi: Mee Siam Berkuah 


  • Masa penyediaan: 15 minit
  • Masa memasak: 25 minit
  • Jumlah hidangan: 6 orang


Bahan - bahan:


Untuk pes asas:

Bawang merah - 5 biji

Bawang putih - 6 ulas

Halia - 3 cm dikisar

Udang kering - 100 gm

Buah keras - 4 biji

Belacan - 3 cm

Cili kering (dikisar) - 1 ½ cawan

Minyak masak - 1 cawan


Untuk bihun goreng:

Bihun (direndam selama 1 jam – air sejuk) - ½  paket

Pes asas - 1 cawan

Taucho (tapis air dan lenyek) - 2 sudu besar

Minyak masak - ½ cawan

Tauhu - 2 ketul

Taugeh - 100 gm

Kuchai - 50 gm

Garam & gula - Secukup rasa


Untuk kuah:

Pes asas - 1 ½ cawan

Stok udang/ayam - 2 liter

Gula melaka - 100 gm

Taucho (tapis air dan lenyek) - 3 sudu besar

Kacang tanah (dikisar) - 1 cawan

Asam keping - 3 keping

Udang (dibuang kulit) - 6-8 ekor

Garam & gula - Secukup rasa


Bahan sampingan:

Telur rebus - 1 biji

Tauhu goreng - 4 ketul

Limau kasturi - 4 biji

Udang goreng - 8 ekor

Kuchai - 50 gm

Bawang goreng - 2 sudu besar

Daun bawang - 2 sudu besar




Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula sediakan pes asas. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, buah keras dan belacan sehingga halus.
  2. Panaskan minyak di dalam wok dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
  3. Masukkan cili kering dan biarkan sehingga cili masak dan pecah minyak. Bahagikan kepada 2 bahagian iaitu untuk bihun goreng dan untuk kuahnya.
  4. Untuk bihun goreng, panaskan pes dan masukkan tauchu.dan kacau rata.
  5. Masukkan bihun yang telah ditapis airnya dan gaul berhati-hati supaya bihun tidak patah atau hancur.
  6. Masukkan taugeh dan kuchai, gaul lagi dan asingkan. 
  7. Untuk kuahnya pula, panaskan pes di dalam periuk dan masukkan gula melaka, tauchu, asam keping dan kacang tanah kisar.
  8. Masukkan udang dan biarkan masak seketika. Seterusnya tuangkan stok dan perasakan dengan garam dan gula.Biarkan mengelegak seketika dan asingkan.
  9. Akhir sekali untuk menghidang, letakkan bihun di dalam pinggan dan tuangkan kuah tadi. Hidangkan juga bersama bahan-bahan sampingan. 


CTA (ENglish).png


Aurasia-Nordik-Non-stick-Die-cast-Casserole (2).png



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping