Free Shipping Storewide to West Malaysia | No min spend!
icon-search
icon-search

Resipi Khoi Soi

Resipi Khoi Soi

WhatsApp Image 2021-12-03 at 4.46.24 PM.jpg


Resipi: Khoi Soi


  • Masa penyediaan: 15 minit
  • Masa memasak: 30 minit
  • Jumlah hidangan: 4 orang


Bahan - bahan:

Untuk Kuah:

Bawang merah - 4 biji

Bawang putih - 5 ulas

Halia - 3 cm

Lengkuas - 2 cm

Serai - 2 batang

Kunyit hidup - 2 cm kisar halus (pes)

Akar daun ketumbar - 2 tangkai kecil

Cili merah - 2 tangkai

Cili Kering (rendam air panas) - 6 tangkai

Daun limau purut - 4 keping

Belacan - 3 cm

Buah keras - 5 biji

Serbuk kari ikan - 2 sudu besar

Minyak masak - ½ cawan

Isi ayam (dipotong dadu) - 400 gm

Gula Melaka/Gula Nipah Siam – (disagat) - 1 ½ sudu besar

Stik ayam/air - 1 cawan

Sos ikan - 2 sudu besar

Santan - 2 ½ cawan

Kicap pekat - 1 sudu kecil

Garam dan gula - Secukup rasa


Untuk hidangan bersama:

Egg noodle/mee wanton kering (separuh dicelur, separuh digoreng) - 1 paket

Bawang besar - 1 biji

Daun ketumbar - 1 tangkai kecil

Daun kesom - 1 tangkai kecil

Daun pudina - 1 tangkai kecil

Sawi jeruk / lobak jeruk (jika suka) - 2 sudu besar

Limau nipis - 2 biji


Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula sediakan pes Khoi Soi dengan memasukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis pes sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga ayam separuh masak.
  4. Masukkkan pula gula Melaka/gula nipah dan sos ikan.
  5. Tuangkan stok ayam dan diikuti dengan santan. Perlahankan api dan biarkan sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
  6. Untuk menghidang, bahagikan mee kepada dua bahagian. Satu bahagian dicelur sehingga lembut dan satu bahagian lagi digoreng dengan mniyak yang panas sehingga kuning keemasan.
  7. Masukkan kedalam mangkuk, tuangkan kuah dan hidangkan bersama bawang besar, daun ketumbar, daun kesom, daun pudina dan sawi jeruk/lobak jeruk (jika suka). Sedia untuk dihidang. 


CTA (ENglish).png


Aurasia-Essential-Non-stick-Cookware-Set-(5pcs)-copy.png



Older post Newer post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.