Free Shipping Storewide to West Malaysia | No min spend!
icon-search
icon-search

Resipi Ketam Kam Heong

Resipi Ketam Kam Heong

WhatsApp Image 2021-12-03 at 4.46.24 PM.jpg


Resipi: Ketam Kam Heong


  • Masa penyediaan: 10 minit
  • Masa memasak: 15 minit
  • Jumlah hidangan: 4 orang


Bahan - bahan:

Ketam - 500 gm

Tepung jagung - 3 sudu besar

Udang kering (rendam seketika dan cincang) - 1 sudu besar

Bawang merah - 4 biji (dicincang halus)

Bawang putih - 5 ulas (dicincang halus)

Halia - 3 cm (dicincang halus)

Serai -1 batang (dicincang halus)

Cili padi – dihiris - 5 biji

Daun kari - 1 tangkai

Serbuk kari ikan - 2 sudu besar

Sos cili - 4 sudu besar

Sos tiram - 3 sudu besar

Lada hitam – ditumbuk halus - 1 sudu kecil

Gula - Secukup rasa

Garam - Secukup rasa

Minyak – untuk menumis - ½ cawan


Bahan hiasan:-

Daun bawang - 1 tangkai (dicincang) 

Daun ketumbar - 1 tangkai (dicincang) 

Bawang goreng - 2 sudu besar



Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan ketam, toskan air dan gaulkan dengan tepung jagung.
  2. Panaskan minyak dan goreng ketam sehingga separuh masak. Angkat dan toskan.
  3. Dengan minyak yang sama (kurangkan sedikit), tumis udang kering dan daun kari.
  4. Masukkan bahan kisar dan cili padi sehingga wangi. Gaul rata. 
  5. Kemudian masukkan serbuk kari, sos cili, sos tiram dan lada hitam. Kacau rata dan masukkan sedikit air
  6. Akhir sekali, masukkan ketam yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga rata. 
  7. Taburkan bahan hiasan dan sedia untuk dihidang. 


CTA (ENglish).png

Aurasia-Ruby-Twinz-Non-Stick-Wok (1).png



Older post Newer post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.