Free Shipping Storewide to West Malaysia | No min spend!
icon-search
icon-search

Resipi Nasi Daging Sg Dua

Resipi Nasi Daging Sg Dua

resipi-rahsia.png

Resipi: Nasi Daging Sg Dua

  • Masa penyediaan: 15 minit
  • Masa memasak: 35 minit
  • Jumlah hidangan: 6 orang


Bahan - bahan:

Untuk Nasi:
Daging (potong kiub) – direbus sehingga lembut – 500 gm
Air rebusan daging - 5 cawan
Susu cair - 1 cawan
Beras Basmathi (basuh dan toskan air) - 4 cawan
Minyak sapi - 3 sudu besar
Bawang merah -1 biji
Bawang putih - 5 ulas
Halia - 3 cm
Rempah kasar (cengkih, kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang) - 2 sudu besar
Serbuk rempah sup / garam masala - 3 sudu besar
Serai - 3 batang
Buah kurma (dibuang biji, rendam dan kisar) - 6 biji
Daun pandan - 2 helai
Tomato puri - ½ cawan

Untuk Air Asam:
Tomato - 3 biji
Bawang merah - 1 biji
Cili merah - 2 tangkai
Sambal belacan - 3 sudu besar
Air asam - ½ cawan
Keresek - 1 sudu besar
Jus limau - 1 sudu besar
Garam dan gula - Secukup rasa

Untuk Sup:
Air rebusan daging - 5 cawan
Bawang merah, bawang putih dan halia (dikisar) - 3 sudu besar
Daun bawang dan daun sup – dihiris - 1 tangkai kecil
Bawang goreng - 2 sudu besar
Garam & lada putih - Secukup rasa
Rempah sup - 2 susu besar
Minyak masak (untuk menumis) - 3 sudu besar


Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula rebus daging bersama air (anggaran 10-12 cawan), bawang besar, halia, dan sedikit rempah sup 

  2. Panaskan kuali bersama minyak sapi dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun pandan sehingga wangi 

  3. Selepas itu, masukkan rempah sup dan sedikit air dan biarkan seketika. Masukkan beras dan gaul sebati.

  4. Tuangkan air rebusan bersama susu cair, tomato puri, kurma dan daging yg telah direbus tadi.

  5. Biarkan mendidih sedikit, perlahankan api dan biarkan sehingga nasi masak dengan sempurna (kacau sesekali dengan berhati-hati supaya nasi tidak hancur. 

  6. Untuk menyediakan air asam, hiris tomato dan bawang merah. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama sambal belacan, air asam, keresek dan jus limau. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 

  7. Untuk sup pula, panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi.

  8. Masukkan rempah sup dan sedikit air. Biarkan rempah masak. 

  9. Akhir sekali tuangkan kedalam air rebusan daging dan perasakan dengan garam dan lada. Masukkan juga daun sup, daun bawang dan bawang goreng.


image (357).png

Aurasia-Nordik-Non-stick-Die-cast-Casserole (2).png



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping