Free Shipping Storewide to West Malaysia | No min spend!
icon-search
icon-search

Resipi Ayam Geprek

Resipi Ayam Geprek

resipi-rahsia.png

Resipi: Ayam Geprek

  • Masa penyediaan: 10 minit
  • Masa memasak: 45 minit
  • Jumlah hidangan: 4 orang

Hidangan bersama:

  • Nasi Putih
  • Tempe goreng
  • Tauhu goreng
  • Ulam-ulaman

Bahan - bahan:

Untuk perapan ayam:
Ayam (potong 4) – 1 ekor
Bawang putih (ditumbuk) – 4 ulas
Jus limau – 2 sudu besar
Garam dan lada hitam – secukup rasa

Untuk salutan ayam:
Tepung gandum – 1 cawan
Tepung beras – 1 cawan
Serbuk cili – 2 sudu kecil
Garam dan lada putih – secukup rasa
Air sejuk – 3 cawan
Minyak (untuk menggoreng) – secukupnya

Untuk sambal geprek:
Bawang merah – 5 biji
Bawang putih – 8 ulas
Cili merah – 6 biji
Cili padi – 8 biji
Tomato – 3 biji
Kacang gajus – ½ cawan
Garam dan gula – secukup rasa
Minyak – ½ cawan
(guna minyak lebihan goreng ayam)

Hidangan Bersama:
Nasi putih
Tempe goreng
Tauhu goreng
Ulam-Ulaman


Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula potong ayam pada 4 bahagian, cuci bersih, toskan air dan perapkan bersama bahan-bahan perapan selama 1-2 jam

  2. Kemudian di dalam mangkuk yang besar, sediakan campuran tepung goreng dengan mencampurkan tepung gandum, tepung beras, serbuk cili, garam dan lada putih. Gaul sebati.

  3. Untuk menggoreng ayam, gaulkan ayam bersama campuran tepung tadi dan kemudian celupkan kedalam air sejuk, angkat dan gaulkan sekali lagi kedalam campuran tepung. 

  4. Terus goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga kuning keemasan serta ayam masak sepenuhnya. Angkat dan toskan minyak.

  5. Untuk menyediakan sambal pula, potong kasar semua bahan dan goreng sehingga wangi. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

  6. Angkat dan tumbuk di dalam lesung atau pengisar makanan. Biarkan sedikit kasar dan tidak terlalu hancur.

  7. Untuk menghidang, ketuk ayam dan letakkan sambal diatasnya. Boleh dihidangkan bersama nasi putih, tempe goreng, tauhu goreng dan ulam-ulaman. 


image (357).png

Aurasia-Nordik-Non-stick-Die-cast-Casserole (1).png



Older post Newer post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.