Free Shipping Storewide to West Malaysia | No min spend!
icon-search
icon-search

Resipi Mee Bandung Tulang

Resipi Mee Bandung Tulang

resipi-rahsia.png

Resipi: Mee Bandung Tulang

  • Masa penyediaan: 25 minit
  • Masa memasak: 15 minit
  • Jumlah hidangan: 4 orang


Bahan - bahan:

Pes Mee Bandung:
Bawang merah - 6 biji
Bawang putih - 5 ulas [dikisar]
Halia - 3 cm [dikisar]
Udang kering/geragau - 50 gm [dikisar]
Cili kering kisar / cili boh - 1 ½ cawan
Sos cili - 4 sudu besar
Sos tiram - 3 sudu besar
Gula - ½ cawan
Garam - Secukup rasa
Minyak – untuk menumis - ½ cawan

Kuah Mee Bandung:
Pes Mee Bandung - 4 sudu besar
Kacang tanah – digoreng dan dikisar - 2 sudu besar
Biskut Marie – dikisar - 2 sudu besar
Air rebusan daging/tulang - 4 cawan
Daging/tulang – direbus sehingga empuk - 300 gm
Lobak merah - ½ batang
Kobis - ¼ biji
Tomato - 1 biji
Sawi - 1 tangkai
Telur - 4 biji
Garam dan lada putih - Secukup rasa

Bahan sampingan:
Mee Kuning - 400 gm
Tauhu goreng - 2 biji
Cili hijau - 1 biji
Cili merah - 1 biji
Daun bawang - 1 tangkai
Bawang goreng - 2 sudu besar
Limau nipis/kasturi - 2 biji


Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula, rebus daging/tulang bersama sedikit halia sehingga empuk. 

  2. Untuk menyediakan pes. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar sehingga wangi.

  3. Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak. 

  4. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram dan kacau rata. Masukkan sedikit air. Biarkan sehingga pes pecah minyak. Asingkan untuk kegunaan sahaja dan selebihnya boleh disimpan (sejuk beku)

  5. Untuk menyediakan kuahnya pula. Panaskan periuk dan masukkan pes tadi.

  6. Masukkan pula kacang dan biskut Marie. Kacau rata.

  7. Tuangkan air rebusan dan biarkan mengelegak.

  8. Perlahankan api dan masukkan lobak merah, kobis, diikuti dengan sawi.

  9. Masukkan mee secukupnya dan kacau rata.

  10. Selepas itu, pecahkan telur dan biarkan telur separuh masak sahaja.

  11. Hidangkan bersama bahan-bahan sampingan yang lain. Sedia untuk dihidang. 


image (357).png

Aurasia-Nordik-Non-stick-Die-cast-Casserole (1).png



Older post Newer post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.